Resipi Mee Hoon Goreng Singapore

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Mee Hoon Goreng Singapore. Resipi Mee Hoon Goreng Singapore pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang. Sila la cuba resipi masakan ini...
 

Bahan-bahan: 
1/2 bungkus Mee Hoon-direndam hingga lembut & tos
2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
1 ulas bawang merah-ditumbuk halus
1 sudu udang kering-ditumbuk halus
1 cawan udang basah
1 keping dada ayam-hiris nipis2
1 sudu kecil lada hitam-di tumbuk

1 sudu kecil serbuk chicken stock
1 cawan taugeh
1/2 batang carrot-di parut kasar
Garam secukup rasa
Sedikit sos tiram
2 biji telur
Minyak secukupnya

Cara menyediakan: 

1. Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak,angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
3. Masukkan udang dan ayam. Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
4. Masukkan lada hitam, sos tiram, chicken stock dan sedikit garam. Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan carrot.
5. Gaul sebati hingga masak. Last sekali masukkan telur hancur, gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah.

Post a Comment

0 Comments