Resipi Puding Batik Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Puding Batik Sedap. Resipi Puding Batik Sedap pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang.
   
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 6
 

Bahan-bahan: 
1 pek agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan kecil gula
3 tin air
2 biji telur
1 sudu tepung kastard
2 sudu koko
1 sudu majerin.

Cara menyediakan:
1. Cairkan agar-agar bersama gula dan 3 tin air di atas api yang sederhana
    apabila agar-agar dah hancur tapis dan ketepikan.

2. Blander telur, bersama dengan majerin, tepung kastard dan susu cair hingga sebati dan tapis acuan tadi.
3. Masukkan bahan blander dengan agar-agar dan panaskan di atas api yang sederhana sehingga mendidih (kacau jangan berhenti).
4. Ambil satu cawan agar-agar masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati
5. Tuang agar-agar kedalam loyang...... buatkan corak di atas agar-agar dengan adunan agar-agar yang di campur coklat tadi.... sejukkan....dan boleh dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment