Resipi Ayam Limau Purut

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Limau Purut. Resipi Ayam Limau Purut ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 3-4 Orang


Bahan-bahan:
1 /2 ekor ayam dipotong sederhana/ kecil-kecil
4-5 ulas bawang merah ditumbuk
4-5 ulas bawang putih ditumbuk
2 inci kunyit hidup ditumbuk
2 inci halia ditumbuk
2 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram

Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak. gorengkan ayam sehingga garing. ketepikan.
2. Buang sedikit minyak dan tinggalkan lebihan untuk menumis
tumiskan bawang merah, putih, halia, kunyit dan cili yang dah ditumbuk sehingga garing. 

3. Masukkan hirisan daun limau purut, sos cili dan sos tiram. kacau sebati.
masukkan ayam, kacau seketika. masukkan air, garam dan gula. biarkan seketika.
4. Kecilkan api dan biarkan dalam 5 minit, masukkan lagi sekeping daun limau purut. kacau sebati.
5. Hidangkan.

0 comments:

Post a Comment