Resipi Baklava

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Baklava.Resipi Baklava adalah antara menu yang popular pada masyarakat arab untuk hidangan minum petang atau sebagai manisan. Cubalah resipi hidangan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 40 minit
Keseluruhan: 60 Minit | Jumlah Hidangan: 15-20 orang 


Bahan-Bahan:
185gm fillo pastri 
2 cawan kacang walnut dipanggang. 
1/2 cawan kacang pistachios
1/2 cawan mentega 
1 Sudu Kecil serbuk kayu manis 

Sos baklava:
1 cawan air
1 cawan gula 
1 sudu kecil vanila ekstrak 
1/2 cawan madu 

Cara menyediakan:
1. Panaskan oven 175 c. cairkan mentega, sapukan mentega pada loyang pembakar. 
2. Potong kacang walnut dan gaulkan dengan kayu manis. 
3. Atur 2 keping fillo pastri, sapukan mentega dan letakkan 2-3 Sudu Besar kacang walnut yang telah digaul bersama kayu manis tadi. Ulangi proses sama sehingga habis. Keseluruhan lapisan dalam 6-8 keping fillo pastri. 
4. Potong baklava macam saiz kuih talam, dan bakar dari selama 40 minit (180 c) sehingga warna keemasan dan garing. 
5. Sementara itu, satukan baki gula, jus lemon, madu, kulit kayu manis dan air dalam periuk kecil dan panaskan di atas dapur sehingga gula cair, tapiskan, sejukkan dan buang kulit kayu manis.
6. Selepas baklava masak, keluarkan dari oven dan segera tuangkan sos diatas baklava. jangan ditutup untuk mengelakkan baklava laper basah. 
7. Sejukkan baklava, keluarkan dari loyang, taburkan pistachios di atas baklava dan sedia dihidangkan. 

Post a Comment

0 Comments