Resipi Gulai Daging Terengganu

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Gulai Daging Terengganu. Resipi Gulai Daging Terengganu ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan makan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..
 
Bahan-bahan:
500gm daging lembu 

2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang 

2 keping asam keping
Minyak

Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

0 comments:

Post a Comment