Resipi Ikan Siakap Sos Thai

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ikan Siakap Sos Thai. Resipi Ikan Siakap Sos Thai ni adalah antara menu untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 3-4 Orang
 

 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (sederhana besar)
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai (hiris)
2 helai daun limau purut (hiris)
1 sudu kecil serbuk kari
5 tangkai padi (ketuk)
1 sudu besar sos ikan
1 labu bawang besar (hiris)

Minyak untuk mengoreng

Cara Menyediakan:
1. Gorengkan ikan siakap sehingga agak garing.
2. Sementara menunggu ikan masak. Tumis bawang putih, halia dan serai, daun limau, serbuk kari, cili padi dan bawang besar.
3. Setelah naik bau, tuangkan sedikit air dan juga sos ikan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
5. Potong daun sup & bawang untuk hiasan.

0 comments:

Post a Comment