Resipi Kambing Panggang Sos Asam

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kambing Panggang Sos Asam. Resipi Kambing Panggang Sos Asam ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 40 Minit
Keseluruhan: 80 Minit | Jumlah Hidangan: 4-6 Orang

 
Bahan-bahan:
1 kg kambing (lamb shoulder)
200 ml minyak
80 gm belacan
100 ml air asam jawa

Bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
6 cm halia
3 batang serai

Bahan B:
2 kuntum bunga kantan - dihiris
80 gm daun kesum
20 tangkai cili kisar
80 gm udang kering - ditumbuk
100 gm belimbing buluh
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Bersihkan kambing dan potong ikut suka. Kemudian perapkan dengan bahan kisar selama 3 jam.
2. Kemudian bakar di atas kuali leper sehingga masak.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan cili dan udang kering. Tumiskan sehingga pecah minyak.
5. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan belimbing buluh.
6. Akhir sekali, masukkan asam jawa, belacan dan garam secukup rasa. Setelah masak, hidangkan dengan kambing tadi.

Post a Comment

0 Comments