Resipi Kuzi Kambing

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kuzi Kambing. Resipi Kuzi Kambing ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan kenduri yang dipadankan dengan nasi beriani/tomato yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..
 

Bahan-bahan:
2 kg daging kambing, potong ikut suka
1 cawan susu cair
2 camca sedang kerisik
4 biji bawang besar, dihiris
1 cawan minyak masak

8 biji buah pelaga
2 btg kayu manis
2 biji limau nipis, diambil airnya

5 camca sedang puri tomato
5 tangkai cili hijau
1 cawan bawang goreng
1 ikat daun pudina dan daun ketumbar
Garam secukupnya
Air untuk mengempukkan daging     


Bahan-bahan perap:
3 camca sedang rempah beriani
2 sm halia, dikisar
1 camca sedang cili boh
10 tangkai cili hijau, ditumbuk kasar-kasar
10 tangkai cili merah, ditumbuk kasar-kasar
2 biji bawang besar - dikisar

5 ulas bawang putih - dikisar

Cara menyediakan:

1. Daging digaul bersama bahan-bahan perap. Masukkan puri tomato, kerisik dan garam. Perap sejam. 

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, buah pelaga, kayu manis hingga kuning. Masukkan daging perap dan air. Masak hingga daging empuk. 
3. Apabila daging empuk masukkan garam, susu cair, tomato, cili merah, cili hijau, air limau, daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng. Kacau hingga kuah pekat baru diangkat.

0 comments:

Post a Comment