Resipi Ayam Kicap Bersantan

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Kicap Bersantan. Resipi Ayam Kicap Bersantan ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 30 Minit
Keseluruhan: 45 Minit | Jumlah Hidangan: 8-10 Orang


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 batang daun selasih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap masin
1 cawan santan
Sedikit rempah empat sekawan
Minyak masak
Garam

Bahan mayang:
3 cm halia
3 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara menyediakan:
1. Ayam dibersihkan, kemudian gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. Pijarkan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat dan tuskan.
2. Selepas itu, tumiskan bahan mayang dengan rempah empat sekawan sehingga wangi. Angkat sebahagian tumisan ini dan ketepikan.
3. Kemudian tuangkan kicap dan masukkan santan, serbuk lada hitam dan batang daun selasih. Masak sehingga pekat. Tuangkan kuah di atas ayam yang telah digoreng tadi bersama dengan sebahagian rempah tumis yang telah di­asingkan tadi.

Post a Comment

0 Comments