Resipi Ayam Masak Merah Berempah

Resipi Ayam Masak Merah Berempah adalah antara hidangan yang cukup lazat. Cubalah Resipi Masakan ini..

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 35 minit
50 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang


Bahan-bahan A:
600gm ayam dipotong kecil
200gm badam dikisar

5 ulas bawang merah dimayang nipis3 ulas bawang putih dimayang nipis
2sm halia
2 biji bawang besar dipotong bulat
1/2 cawan kacang pis
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B:
1 kayu manis

2 kumtum bunga lawang
3 kumtum bunga cengkih
2 biji pelaga

Bahan C:
5 sudu makan rempah kurma

5 sudu makan cili sos
5 sudu makan tomato puri

Cara menyediakan:

1. Perap ayam bersama bahan C selama 30 minit dan ketepikan.
2. Panaskan empat sudu makan minyak kemudian tumis bahan-bahan yang dimayang dan bahan B sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang diperap dan didihkan sehingga ayam empuk.
4. Kemudian masukkan kacang pis, badam dan bawang besar.
5. Kacau rata dan biarkan memdidih sehingga semua bahan sebati dan pekat.
6. Perasakan garam dan gula secukup rasa dan angkat.

0 comments:

Post a Comment