Resipi Mudah Shawarma Daging



Bahan-bahan untuk buat shawarma daging yang sedap:
500 gm daging dipotong memanjang
2 sudu besar jintan manis digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh allspice
2-3 sudu besar perahan lemon
1 biji bawang besar dihiris tebal
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
2 biji tomato dihiris tebal
Daun parsley dihiris nipis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Perap daging bersama jintan manis, lada hitam, serbuk allspice, garam, perahan lemon, bawang putih dan bawang besar semalaman dalam peti ais.
2. Panaskan oven ke suhu 200C.
3. Lapik dulang pembakar dengan kertas aluminium.
4. Ratakan perapan di atas dulang.
5. Susun hirisan tomato atas perapan.
6. Bakar sehingga air daging agak kering. Balik-balikkan dari semasa ke semasa.
7. Enak dimakan bersama roti arab (nipis), tortilla atau roti pita. Bahan tambahan lain dicadangkan hirisan bawang dan tomato. Boleh ditambah mayonis atau cili sos atau sos thousand island jika suka. Boleh juga dilapik dengan cheese slice di atas roti kemudian diletakkan campuran daging di atasnya dan dipanaskan di dalam microwave supaya cheesenya cair. Tuang cili sos.


Post a Comment

0 Comments