Resipi Kuih Akok Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kuih Akok Sedap. Kuih Akok ni adalah antara kuih tradisional yang cukup sedap dan popular dikalangan masyarakat Malaysia khususnya di pantai timur seperti Kelantan. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 25 minit | Memasak: 35 minit   

60 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang



Bahan-bahan:
8 biji telur itik
2 biji telur ayam
1 kg gula melaka
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ½ biji kelapa

Cara menyediakan:
1. Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja.
2. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul.
3. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis.
4. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah atau pon boleh dibakar dalam oven.

Post a Comment

0 Comments