Resipi Ayam Masak Beriani

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Masak Beriani. Resipi Ayam Masak Beriani ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan kenduri yang dipadankan dengan nasi beriani/tomato yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..  

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 35 Minit
Keseluruhan: 50 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang
 


Bahan-bahan:
1 ekor ayam 

5 sudu besar rempah beriani ayam
5 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
1 cawan minyak sapi
100 gm daun ketumbar (hiris kasar)
2 cawan susu cair
70 gm gajus goreng
1/2 cawan kismis goreng
6 tangkai cili hijau/merah


Bahan Tumis:
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
7 ulas bawang putih - dikisar
15 ulas bawang merah - dikisar
5 cm halia - dikisar

Cara menyediakan:
1.Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng setengah masak.
Ketepikan.
2.Panaskan minyak sapi, dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau dan kuning.
3.Kemudian masukkan rempah beriani, kismis, sos cili, tomato puri dan daun ketumbar.
4.Tumis hingga pecah minyak. Tuangkan satu cawan air dan biarkan kuah mereneh selama setengah jam sebelum dituangkan susu cair.
5.Bubuhkan garam, cili hijau dan gula. Biarkan mendidih lagi .
6.Masukkan ayam dan gajus. Biarkan kuah pekat, dan hendaklah sentiasa digaul kerana ia mudah berkerak. Kerak mudah terbentuk kerana kita menggunakan susu cair.

7. Rasa beriani ni mestilah manis kerana untuk seimbangkan rasa masam tomato puri dan sos cili.

Post a Comment

0 Comments