Resepi Kari Ketam Sempoi

ResipiMasakanKini berkongsi Resepi Kari Ketam SempoiResepi Kari Ketam Sempoi adalah antara hidangan yang cukup lazat. Cubalah Resipi Masakan ini..

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit
40 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang


Bahan-bahan:
1 kg ketam, dibersihkan
4 sudu makan rempah kari ikan
1 cawan air
½ liter santan pekat
2 biji tomato
1 biji capsicum
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan dikisar:

2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari ikan dan gaul rata. Kemudian masukkan 1 cawan air dan gaul sebati.
3. Masukkan garam, serbuk perasa secukupnya dan ketam. Gaul rata dan tutup periuk selama 5 – 10 minit sehingga ketam bertukar warna.
4. Akhir sekali masukkan santan, dan bila ia telah mendidih. Masukkan tomato dan capsicum, kacau sebati biarkan seketika dan padamkan api, angkat dan hidangkan.

Post a Comment

0 Comments