Penyediaan: 15 minit | Memasak: 45 minit
60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang
Bahan-bahan:
500gm kupang dibuang kulit
300ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 helai daun limau purut disiat
1 helai daun kunyit disiat
2 keping asam keping
Garam, gula dan minyak secukupnya
Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
3sm lengkuas
2sm halia
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak dan tumis kesemua bahan-bahan dikisar sehingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan santan, kupang, kerisik, asam keping, daun limau purut dan daun kunyit.
3. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah menjadi pekat.4. Akhir sekali perasakan garam dan gula secukup rasa dan angkat.
0 Comments