Resepi Bamia

Bahan-bahan:
400 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
100 ml susu cair
air secukupnya
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari daging
2-3 sudu besar cili kisar
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar (dipotong 4)
2 biji tomato (dibelah 4)
bendi secukupnya
4 sudu makan tomato paste/puri
garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara menyediakan:
1. Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian tumiskan bawang besar hingga naik bau barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan gula secukup rasa. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat.
4. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato.

0 comments:

Post a Comment