Resepi Mee Hailam

Bahan-bahan:
½ kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air
200 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat
½ batang carrot
1 pokok sawi
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
2. Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.
3. Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

0 comments:

Post a Comment