Kambing Black Pepper

Bahan-bahan:
500 g daging kambing
2 sudu besar kicap pekat

2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan secawan air
2 susu besar lada hitam tumbuk
3 sudu besar minyak masak
Garam n gula secukup rasa


Bahan-bahan dihiris:

5 ulas bawang merah 1 biji lada benggala hijau
2 ulas bawang putih
3 cm halia
1 labu bawang besar 


Cara menyediakan: 
1. Potong daging nipis-nipis dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yang banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada.
3. Panaskan minyak, goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan.

Post a Comment

0 Comments