Masak Lemak Telor Itik

Bahan-bahan:
5 biji telur itik
3 batang serai, dititik
3 helai daun kunyit, 2 disiat, 1 lagi hiris halus
10 - 12 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap satu
2 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang puith
3/4 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi kampung

Cara menyediakan:
1.Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk, tambah serai, asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan biar mendidih. Perlahankan api. Pecahkan telur itik dalam mangkuk, berhati2 agar kuning dia tak terjejas. Perlahan2 masukkan ke dalam kuah. Lakukan kaedah sama untuk baki telur. Pastikan telur tadi tidak bertindih antara satu sama lain.  
2. Masak hingga telur mengeras. Berhati-hati terbalikkan dan masak dengan api kecil. Tambah santan pekat dan daun kunyit yang disiat tadi. 
3. Bila mendidih, masukkan belimbing. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. 
4. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan halus daun kunyit sebelum dihidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain.

0 comments:

Post a Comment