Rendang Rembau

Bahan-bahan:
1 kilo daging
1 liter santan (2 biji kelapa)
2 ketul lengkuas (diketuk)
100 grm kerisik
1/2 sudu teh jintan manis ditumbuk
1/2 sudu teh jintan putih ditumbuk
1/2 sudu teh ketumbar ditumbuk
60 ml air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan-bahan dikisar:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
5 batang serai
10 cili padi

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan yang dikisar dan santan kacau rata.
2. Apabila mendidih, masukkan jintan, ketumbar dan lengkuas kacau lagi.
3. Kemudian masukkan ayam dan kacau.
4. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam dan air asam jawa. Masak lagi sehingga rendang agak kering dan kehitaman.

0 comments:

Post a Comment