ResipiMasakanKini Menghidangkan Resipi Biskut Makmur

ResipiMasakanKini menghidangkan Resipi Biskut Makmur, resipi kuih raya yang tradisional boleh menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya.

Penyediaan : 15 minit | Memasak: 15 minit
30 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 50

Bahan-bahan:


Bahan untuk doh:
  • 500g tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • Paper cup
Bahan untuk inti:
  • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu besar mentega kacang, optional
Bahan untuk salut:
  • Sedikit gula icing
Cara menyediakan:
  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
  2. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  3. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
  4. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  5. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

0 comments:

Post a Comment