Resipi Daging Kambing Dengan Sos Lada Hitam@Lamb Chop

ResipiMasakanKini menghidangkan Resipi Daging Kambing Dengan Sos Lada Hitam@Lamb Chop, resipi yang sedap dan lazat untuk dihidangkan.

Penyediaan :
15 minit | Memasak: 30 minit
45 Minit Masa keseluruhan 



Bahan-bahan:
Daging kambing slide @ Lamb shoulder 
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh serbuk paprika
1/2 sudu teh mixed herbs
3 ulas bawang dikisar halus
2 cm halia dikisar halus
Garam secukup rasa

Bahan Sos Lada Hitam:
20gm serbuk stok perang (dibancuh dengan air)
10gm serbuk lada hitam
10ml susu
1-2 helai bay leaf
100ml air
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan mentega

Cara menyediakan:
1. Perapkan daging kambing bersama bawang putih, halia, lada sulah, mixed herbs, paprikadan garam di dalam bekas selama 1 jam. Ketepikan.
2. Setelah diperap, bakar daging kambing di dalam ketuhar pada suhu 180 celcius selama 20-25 minit.
3. Untuk membuat sos pula, cairkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan bay leaf, tumis hingga wangi.
4. Kemudian masukkan bancuhan sos perang dan kacau sehingga mendidih.
5. Selepas itu masukkan air dan susu, masak hingga pekat.
6. Akhir sekali hidangkan kambing bersama salad dan tuangkan sos diatasnya.

Post a Comment

0 Comments