Resipi Ikan Bawal Masak Kicap Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ikan Bawal Masak Kicap Sedap. Resipi Ikan Bawal Masak Kicap Sedap ni adalah antara hidangan yang sedap makanan menu tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit   
40 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang


Bahan-Bahan:
4 ekor ikan bawal sederhana besar
1/2 cawan kicap pekat ABC
3 sudu besar sos tiram

1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit dan garam untuk goreng ikan

Minyak masak untuk menggoreng ikan dan menumis1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Daun sup/1 biji bawang untuk hiasan

Bahan-bahan dikisar:
1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili padi
   
Cara menyediakan:

1. Bersihkan ikan, cuci dan toskan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit, gorengkan hingga separuh masak.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
3. Masukkan air, kicap, sos tiram dan gaul lagi.
4. Biarkan sehingga mendidih dan bila mendidih masukkan ikan 

5. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. 
6. Taburkan dengan daun sup dan bawang yang dihiris.

Post a Comment

0 Comments