Resipi Sambal Ikan Bilis Petai

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Sambal Ikan Bilis Petai. Resipi Sambal Ikan Bilis Petai ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 
 

Penyediaan: 25 Minit | Memasak: 30 Minit
Keseluruhan: 55 Minit | Jumlah Hidangan: 3
 

Bahan dikisar:
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar di belah 4.
1/2 inci belacan
1 sudu minyak masak

Bahan-bahan lain:

1/2 senduk minyak (untuk tumis)
Bawang merah dan bawang putih racik/tumbuk (untuk tumis)
2 keping asam gelugur (jus asam jawa pun boleh) 

Petai 5-10 keping (ambil isi)..kalau nak guna kulit pun bleh kalau petai muda..hiris nipis2
Ikan bilis 1 genggam
1 labu bawang besar hiris nipis bulat

Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak.. tumis bawang sampai naik kekuningan, masukkan bahan yang dikisar.. tumis sampai naik bau/pecah minyak..
2. Masukkan asam keping/jus asam jawa
3. Masukkan petai dan ikan bilis.tambahkan garam dan gula, last sekali masukkan bawang besar yang dihiris bulat..

0 comments:

Post a Comment