Resipi Kari Ikan Bawal

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kari Ikan Bawal. Resipi Kari Ikan Bawal ni adalah antara menu yang paling popular untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah Resipi Masakan ini..

Penyediaan: 10 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang


Bahan-bahan:
1 kg ikan Bawal Hitam (kalau beli dipasar itu siap potong saja kerana nanti kecai pulak isi ikan itu).
150 gm santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
125 gm rempah Ikan.
1 sudu kecil rempah tumis/halba campur 

2 biji Tomato 
10 biji Bendi 
2 biji bawang besar dipotong hiris memanjang.
4 biji bawang putih di titek.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu kecil jintan manis.
1 sudu kecil serbuk cili.
3 ranting daun kari.
2 ranting daun pudina.
1 senduk besar minyak masak.
Garam secukup rasa.

Cara menyediakan:

1. Basuh ketulan ikan bawal tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.

2. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis masukan bawang yang dihiris untuk menumis dan daun kari. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan kisaran bawang puti+ halia. Tumis hingga keluarkan bau yang harum. Masukkan kisaran bawang besar. Apabila tumisam mula mendidih dan keluarkan bau yang harum masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis + jintan putih + serbuk cili. Tumisan ini akan mula mengeluarkan bau yang harum. Masukkan air 1 liter dan biarkan sebatian ini mendidih. Api yang kuat diperlukan untuuk mendidihkan sebatian kari ini.

4. Apabila sebatian kari ini telah mendidih selama 5 -10minit, perlahankan api dapur dan masukan ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah). Masukkan tomato. Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3-5 minit lagi.

5. Masukkan santan / susu cair dan garam secukup rasa. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tak pecah/ hancur.

5. Apabila ikan telah masak jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah. Masukan bendi dan tutup api dapur. Kari ikan bawal anda sedia untuk hidangkan.

Post a Comment

0 Comments