Resipi Kupang Goreng Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kupang Goreng Sedap. Resipi Kupang Goreng Sedap ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah Resipi Masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 15 Minit
Keseluruhan: 30 Minit | Jumlah Hidangan: 4-6 Orang


Bahan-bahan:
1 kg kupang dibersihkan, direbus dibuang kulitnya
1 labu bawang besar dipotong

3 ulas bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 btg cili merah - dikisar
4 btg cili padi - dikisar

1/2 biji carrot
3-4 kacang panjang
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik minyak.
2. Masukkan garam dan kupang yang direbus tadi, gaul rata.

3. Masukkan sedikit air asam jawa, gaul rata hingga agak garing.. sekiranya suka agak berkuah boleh tambah sedikit air.
4. Masukkan carrot, kacang panjang dan bawang besar, gaul rata dan biarkan seketika.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments