Resipi Popiah Goreng Mudah Dan Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Popiah Goreng Mudah Dan Sedap. Popiah Goreng Mudah Dan Sedap adalah antara menu yang popular untuk hidangan minum petang. Cubalah resipi hidangan ini, selamat mencuba..

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 4


Bahan-bahan:
½ biji bawang besar [dikisar]
1 biji bawang putih [dikisar]
1 sudu udang kering [dikisar]
10 ekor udang bersaiz sedang (dipotong kecil)
1 biji lobak merah (diparut/disagat memanjang)
300 gram taugeh

Sedikit garam
Sedikit air     

Minyak untuk menggoreng
Kulit popiah
Sedikit tepung dibancuh dengan air (untuk melekatkan kulit)
 

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya.
2. Masukkan udang dan tunggu sebentar. Masukkan pula lobak merah,taugeh dan sedikit air. Masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak.
3.Angkat dan sejukkan intinya.
4.Selepas intinya sejuk, gulung popiah tadi menggunakan kulit popiah. Di hujungnya, lekatkan sedikit menggunakan bancuhan tepung dan air tadi agar tidak terbuka gulungan.
5. Goreng sehingga kekuningan dan keemasan.
Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sos cili thai.

0 comments:

Post a Comment