Resipi Limpa & Paru Sambal Rempah

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Limpa & Paru Sambal Rempah. Resipi Limpa & Paru Sambal Rempah ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 45 Minit
Keseluruhan: 60 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang
 

 

Bahan-bahan:
300 gm paru (rebus)
300 gm limpa (rebus)
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil jintan manis (tumbuk)
1 sudu kecil jintan putih (tumbuk)
1 cawan santan pekat
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering

8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 cm lengkuas

Cara menyediakan:
1. Tumis bahan kisar, buah pelaga, kulit kayu manis, jintan manis, buah pelaga dan jintan putih, hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan limpa, paru dan limau purut. Bubuhkan garam dan gula.
3. Tumis sehingga kering.

0 comments:

Post a Comment