Resipi Mudah Masak Ikan Tenggiri Goreng Pudina



Resipi Mudah ingin berkongsi resipi masakan iaitu Ikan Tenggiri Goreng Pudina. 

Menu ini sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet dan mengelakkan dari makan nasi.

Bahan-bahan:
1 ekor atau 300-500gm ikan tenggiri (diambil isi)
2 sudu besar minyak
50ml santan
1 sudu besar serbuk paprika
1/2 biji lemon (diambil jus)
50ml air
200ml air
100gm bayam
Garam dan gula secukup rasa

Rempah (ditumbuk):
2 sudu teh jintan putih
2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh gula
1/2 biji lemon (diambil jus)

Bahan dikisar halus:
2 tangkai daun pudina (anggaran 10 helai daun)
8 tangkai daun ketumbar
4 tangkai cili kering (direndam lembut)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara menyediakan:
1. Campurkan rempah yang ditumbuk bersama semua bahan kisar. Masuk serbuk paprika, gula pasir, jus lemon dan santan. Gaul rata.
2. Ambil separuh campuran tadi dan lumur pada ikan. Perapkan selama 30minit.
3. Goreng kepingan ikan dan balik-balikkan agar masak semua bahagian. Angkat dan ketepikan.
4. Dalam kuali yang sama masukkan baki bahan yang diasingkan tadi dengan 50ml air untuk menbuat sos. Masak sehingga mendidih.
5. Masak 200ml air dan celur bayam sehingga layu. Tuangkan sos ke dalam pinggan, susun bayam di atas sos dan letak kepingan ikan tenggiri.

Post a Comment

0 Comments